Peserta seminar sangat bertuah kerana penceramah jemputan, Puan Nancy Ng, telah melapangkan masa untuk berkongsi pengalaman perjalanan pelaburan beliau sebelum berjaya menghasilkan pendapatan RM1 juta setahun. Tahniah kepada Puan Nancy yang telah berjaya mencapai kebebasan kewangan. Beliau mencadangkan agar pelabur baru bertatih, melabur dalam rumah kediaman sebelum memulakan pelaburan dalam hartanah komersial. Ini kerana, walaupun pulangan pelaburan hartanah komersial tinggi, risikonya pun tinggi.
Puan Nancy, seorang pelabur hartanah sepenuh masa dan juga ejen hartanah, telah kembali aktif setelah berehat selama setahun pada 2009, menghabiskan masa melawat beberapa negara diseluruh dunia. Kali ini beliau membantu memasarkan projek QUBE1 di Shah Alam untuk rakannya, Puan Prudence. Peserta seminar berpeluang membeli unit di QUBE1 pada harga 'early bird'.
No comments:
Post a Comment