Galeri

28 July 2010

Mutiara Kata

 "A clear vision, backed by definite plans, gives you a tremendous feeling of confidence and personal power." -- Brian Tracy, Author

Semua orang tahu apa yang diperkatakan ini, visi (impian) dan rancangan memang memberikan kita rasa konfiden dan kawalan diri yang tinggi. Cuma ia perlu di tambah dengan TINDAKAN (action) untuk membuahkan hasilnya. Tanpa tindakan, ia akan terus menjadi impian. Jadi jika anda ingin menikmati kebebasan kewangan, cuba cari sesuatu yang boleh membantu anda kearah itu. Ada banyak cara, tapi saya gunakan pelaburan hartanah. Anda pun boleh mencubanya. Cari ilmu sebelum cari pengalaman. Semoga anda berjaya

"Create a definite plan for carrying out your desire and begin at once, whether you ready or not, to put this plan into action."

-- Napolean Hill, Motivational Writer

Seperti yang dikatakan di atas tadi, buat tindakan. Tapi Napolean Hill lebih aggresif, cadangkan agar buat tindakan secepat mungkin, samada bersedia atau tidak.

"I feel that the greatest reward for doing is the opportunity to do more."-- Jonas Salk, virologist

Inilah antara kata-kata orang yang bersikap positif. Suka diberi peluang untuk membuat sesuatu dan tidak suka dengan status quo. Dia menganggap bahawa peluang membuat lebih kerja atau membuat lebih perkara adalah satu habuan atau pulangan yang besar!

"Putting pen to paper lights more fire than matches ever will."-Malcolm Forbes

Tidak boleh dinafikan. Sebarang penulisan samaada baik atau buruk akan memberi kesan yang setimpal. Jika pen digunakan untuk menulis perkara-perkara baik, positif dan bermotivasi, pembaca mungkin akan turut menjadi seperti itu. Namun, jika disalahguna, contohnya seorang pemimpin tidak prihatin dan bertanggungjawab atas tulisannya terhadap negeri/negara jirannya, maka ia boleh menyebabkan perkara buruk seperti peperangan antara negeri atau negara.

"Hope works in these ways: it looks for the good in people instead of harping on the worst; it discovers what can be done instead of grumbling about what cannot; it regards problems, large or small, as opportunities; it pushes ahead when it would be easy to quit; it "lights the candle" instead of "cursing the darkness.""
-- Anonymous

Fikirkanlah sendiri!

No comments:

Post a Comment