Galeri

24 July 2010

Mutiara Kata

"It is literally true that you can succeed best and quickest by helping others to succeed." -- Napolean Hill, author

Hukum alam yang tidak boleh anda nafikan. Jadi janganlah lokek. Kongsi ilmu atau kemewahan anda kerana ia seperti biji benih yang ditanam, akan tumbuh, berbunga, berbuah dan menghasilkan beribu-ribu (mungkin berjuta-juta) biji benih lain. Ia kemudiannya tumbuh bercambah menjadi pokok dan begitulah seterusnya.


"Every mistake that I made - and we all make mistakes - came because I didn't take the time to get the facts. I didn't drive hard enough." -- Charles Knight, publisher

Sudah jadi lumrah manusia tidak mudah mengaku kesilapan sendiri. Biasanya akan menyalahkan keadaan atau orang lain. Untuk berjaya, kita perlulah mengubah sikap. Kita perlu bertanggungjawab keatas hasil tindakan (atau tiada tindakan yang diambil?) dengan mengaku kesilapan atau kelemahan diri sendiri. Barulah kita boleh mengenali kesilapan & kelemahan, memperbaiki diri dan seterusnya mengelakkan dari melakukan kesilapan yang sama. Dalam pelaburan hartanah, kesilapan kecil boleh mengundang kos yang tinggi. Saya pernah melakukannya dan terpaksa berdepan dengan kesannya. Saya akan kongsi pengalaman ini dengan anda dalam siri seminar keseluruh negara agar anda dapat elakkan dari melakukan kesilapan yang serupa.

Cadangan seminar di bulan Ogos 2010:

7hb Ogos 2010 /10am -6pm
Seminar 1 hari
Wisma MCA, Kuala Lumpur
Penceramah undangan - Pakar Pinjaman (mortgage specialist)
* Peserta seminar 18/7/10 dijemput hadir pada pukul 3 petang untuk sertai taklimat ini
oleh kerana mortgage specialist tidak dapat hadir pada sessi taklimat 18/7/10


14hb Ogos 2010 /10am - 6pm
Seminar 1 hari
Pulau Pinang
Penceramah undangan - Pakar Feng Shui
Rakan strategik SIC

21-22hb Ogos 2010 /9am -5pm
Orientasi 2 hari untuk ahli baru SIC
Empire Hotel, Subang atau Cititel, Mid Valley
Penceramah undangan - Ho Chin Soon
(http://www.hochinsoon.com/)
Rakan strategik SIC,
Penulis buku 'Location, Timing and Branding'

Penafian/Disclaimer: Pihak penganjur merancang menjemput penceramah undangan untuk berkongsi kepakaran mereka dalam bidang masing-masing. Kemungkinan mereka membatalkan ceramah disaat akhir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan

No comments:

Post a Comment