Galeri

25 July 2010

Pelaburan Hartanah Banyak Risiko?

Tiga (3) faktor utama menyebabkan ramai yang mengatakan pelaburan hartanah banyak risiko. Memang benar dan tidak saya dinafikan.

Faktor #1 ILMU
Ia banyak risiko bagi mereka yang tiada ilmu dan pengalaman. Beritahu saya apa perkara yang tiada risiko? Memandu kereta banyak risiko lebih-lebih lagi kepada mereka yang tidak tahu memandu. Mahukah anda pinjamkan kereta kepada seorang yang tidak tahu memandu?

Faktor #2 TAKUT
Ramai orang takut untuk melabur kerana takut. Ada sesetengah yang ada ilmu pelaburan tetapi tidak membuat pelaburan kerana faktor takut salah, takut kerugian, takut malu, takut hendak memulakan dan bermacam-macam ketakutan yang menyelubungi jiwa mereka.

Faktor #3 KEADAAN SEKITAR
Mereka ada ilmu dan tidak takut tetapi keadaan sekitar tidak begitu sesuai. Mereka dikelilingi oleh persekitaran negatif seperti rakan atau ahli keluarga yang bersikap negatif. Ramai yang memberi nasihat (dengan tujuan yang baik) tetapi mereka sendiri tiada ilmu pelaburan. Malah tiada membuat sebarang pelaburan.

Tiga perkara di atas amat penting. Jadi pelajari dari mereka yang telah melakukannya. Jadikan mereka mentor anda. Anda juga perlu banyakkan membaca buku-buku berkaitan pelaburan, motivasi diri serta perancangan kewangan. Dengan ilmu dan dikelilingi oleh orang-orang berjaya yang bersikap positif, kemungkinan takut anda akan mula berkurangan. Akhirnya lenyap.

Jadi, apa tunggu lagi. Buat tindakan yang sepatutnya. Buat sekarang bukan esok atau lusa. Pepatah Inggeris ada mengatakan 'Procastinator is a thief of time', maknanya orang yang selalu melewatkan melakukan sesuatu adalah seorang pencuri masa. Saya pasti anda bukan dikalangan pencuri.


Esa Rosdi

No comments:

Post a Comment